Angry Birds -  Help

Wednesday, June 26, 2013

Tangisan Ini???

Dikala insan lain tersenyum lebar  aku menangis sepi.
Dikala insan lain menerima rezeki, aku masih tercari2 di mana letaknya rezeki utkku..

Kegagalan dan kekecewaan yang aku terima telah banyak mengajarku untuk menginsafi diri..
Tiada siapa yang mahukan kegagalan namun kegagalan itu adalah milik aku..
Aku sendiri xtahu kenapa aku digagalkan..namun aku redha..aku cuma mengharapkan besar hikmah yang akan aku terima atas kegagalanku ini...

Ya Allah aku redha dengan dugaan yang harus aku aku tanggung ini.. Aku mohon kepadaMU kuatkan semangatku kuatkan imanku kuatkan fizikalku demi nyawa yang ada di dalam nyawaku ini Ya Allah.. 

Aku bersyukur kerana keluarga begitu memahami dan menerima dengan redaha kegagalanku ini..
setiap kali air mata membasahi pipi,ada insan yang sentiasa mengesatnya.. Dia mengesat sambil berkata, "tak perlu menangis..bersyukur kerana kita insan terpilih untuk menerima ujian dariNYA..itu tandanya Allah masih sayangkan kita" Terima kasih abang atas nasihat dan dorongan yang tidak pernah putus-putus.. 

Aku redha.. Ya Allah bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya untuk aku,suami,ibu bapaku dan anak dalam kandunganku ini Ya Allah..

Tangisan ini bukanlah satu tangisan menyesali kegagalan ini tapi tangisan ini adalah tangisan menginsafi diri.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Make your own Glitter Graphics